OACP PDC Telco 2022 – 2024 ini merupakan dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi yang bertujuan menangani permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga PDC Telco. Selaras dengan aspirasi nasional ini, setiap warga PDC Telco perlu menghayati dan memelihara imej perkhidmatan yang menerapkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus yang berintegriti. OACP PDC Telco ini menekankan mekanisme bagi mewujudkan kawalan dalaman yang membolehkan sumber-sumber organisasi diarah, dipantau dan diukur untuk meminimakan isu-isu berkaitan birokrasi serta mencegah perlakuan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
PDC Telco komited dalam melaksanakan aspirasi tersebut bagi memastikan Malaysia menjadi salah sebuah negara yang bebas rasuah. Justeru, OACP PDC Telco 2022 – 2024 yang dibangunkan menjadi sebuah platform kepada usaha dalam menerapkan integriti di kalangan warga kerja PDC Telco.