| • corporate overview |
| • vision & mission |
| • board of directors |
| • our corporate team |
| • organizational anti-corruption plan - oacp |
| • licensing |
| • pdc telco family day 25-27 october 2024 |
| • tower photos |
| • earth day 2024 |
| • pdct corporate dinner 2023 |
| • pdc telco family day 2023 |
| • pdc telco appreciation dinner 2022 |
| • pdc telco family day 2022 |
PDC Telecommunication Services Sdn Bhd (PDC Telco) adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). PDC Telco merupakan salah sebuah syarikat yang memberikan servis perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. PDC Telco akan mengadakan satu sebut harga bagi kerja berikut:
NO. SEBUT HARGA : PDCTELCO/Q-NGN/012/2025
PERLANTIKAN PANEL KONTRAKTOR BESERTA JADUAL KADAR HARGA BAGI KERJA-KERJA PEMASANGAN KABEL FIBER OPTIK SERTA PERKAKASAN DAN KERJA BERKAITAN UNTUK PDC TELECOMMUNICATION SERVICES SDN BHD
Sebut harga adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang memegang Perakuan Pendaftaran ATAU memegang Perakuan Pendaftaran CIDB untuk Kategori E07 dan E08 dengan mempunyai tenaga kerja yang memegang Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C dan CA2C.
Salinan dokumen sebut harga boleh diperolehi di pejabat PDC Telco dengan yuran sebanyak RM150.00 yang perlu dibayar melalui bayaran atas talian ke akaun CIMB No.8009909427. Resit pembelian perlulah dibawa dan dikemukakan semasa pengambilan dokumen sebut harga. Hanya satu (1) orang sahaja dibenarkan membeli satu (1) dokumen sebut harga dan hanya satu (1) orang sahaja dibenarkan untuk mengemukakan dokumen sebut harga untuk satu (1) dokumen sebut harga.
Tarikh Penjualan Dokumen Sebut harga pada 16 Disember 2025 dan boleh diperolehi di:-
Isnin - Jumaat (9.00am-05.00pm)
Rehat (Isnin – Khamis: 1.00pm-2.00pm) & (Jumaat: 12.15pm-2.45pm)
Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilekatkan dan ditulis "NO. SEBUT HARGA : PDCTELCO/Q-NGN/012/2025" dan dokumen ini hendaklah diserahkan di pejabat beralamat di atas sebelum atau pada 22 Disember 2025 sebelum jam 12.00 tengahari.
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan pengemukaan sebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta”.
Semua kontraktor perlu mengisi dan mengembalikan ‘Surat Akuan Sebut Harga’ seperti di Lampiran Dokumen Sebut harga.