• corporate overview |
• vision & mission |
• board of directors |
• our corporate team |
• organizational anti-corruption plan - oacp |
• licensing |
• pdc telco family day 25-27 october 2024 |
• tower photos |
• earth day 2024 |
• pdct corporate dinner 2023 |
• pdc telco family day 2023 |
• pdc telco appreciation dinner 2022 |
• pdc telco family day 2022 |
PDC Telecommunication Services Sdn Bhd (PDCTelco) adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). PDCTelco merupakan salah sebuah syarikat yang memberikan servis perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. PDCTelco akan mengadakan satu sebut harga bagi kerja berikut:
NO. SEBUT HARGA : PDCTELCO/Q-NGN/007/2025
KERJA-KERJA BAGI PEMASANGAN KABEL FIBER OPTIK DI BANGGUNAN SUNTECH BAGI PEMBEKALAN IP TRANSIT OLEH PIHAK TM DAN PEBEKALAN PERKHIDMATAN KEPADA PELANGGAN
Sebut harga adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang memegang Perakuan Pendaftaran ATAU memegang Perakuan Pendaftaran CIDB untuk Kategori E07 dengan mempunyai tenaga kerja yang memegang Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C.
Salinan dokumen sebut harga boleh diperolehi di pejabat PDCTelco dengan yuran sebanyak RM50.00 yang perlu dibayar melalui bayaran atas talian ke akaun CIMB No.8009909427. Resit pembelian perlulah dibawa dan dikemukakan semasa pengambilan dokumen sebut harga. Hanya satu (1) orang sahaja dibenarkan membeli satu (1) dokumen sebut harga dan hanya satu (1) orang sahaja dibenarkan untuk mengemukakan dokumen sebut harga untuk satu (1) dokumen sebut harga.
Tarikh Penjualan Dokumen Sebut harga pada 18 September 2025 dan boleh diperolehi di:-
Isnin - Jumaat (9.00am-05.00pm)
Rehat (Isnin – Khamis: 1.00pm-2.00pm) & (Jumaat: 12.15pm-2.45pm)
Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilekatkan dan ditulis "NO. SEBUT HARGA : PDCTELCO/Q-NGN/007/2025" dan dokumen ini hendaklah diserahkan di pejabat beralamat di atas sebelum atau pada 24 September 2025 sebelum jam 12.00 tengahari.
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan pengemuka sebut harga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta”.
Semua kontraktor perlu mengisi dan mengembalikan ‘Surat Akuan Sebut Harga’ seperti di Lampiran Dokumen Sebut harga.