• corporate overview |
• vision & mission |
• board of directors |
• our corporate team |
• organizational anti-corruption plan - oacp |
• licensing |
• pdc telco family day 25-27 october 2024 |
• tower photos |
• earth day 2024 |
• pdct corporate dinner 2023 |
• pdc telco family day 2023 |
• pdc telco appreciation dinner 2022 |
• pdc telco family day 2022 |
PDC Telecommunication Services Sdn Bhd (PDC Telco) adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). PDC Telco merupakan salah sebuah syarikat yang memberikan servis perkhidmatan infrastruktur telekomunikasi kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Negeri Pulau Pinang. PDC Telco akan mengadakan satu sebut harga bagi kerja berikut:
NO. SEBUT HARGA : PDCTELCO/Q-NGN/005/2025
PERLANTIKAN PANEL KONTRAKTOR BESERTA JADUAL KADAR HARGA BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SECARA MENYELURUH GENTIAN OPTIK, SESALUR, LURANG SERTA PERKAKASAN TELEKOMUNIKASI BERKAITAN DI NEGERI PULAU PINANG
Sebut harga adalah terbuka kepada semua kontraktor tempatan yang memegang Perakuan Pendaftaran ATAU memegang Perakuan Pendaftaran CIDB untuk Kategori CE01, CE31, E07 dan E08 dengan mempunyai tenaga kerja yang memegang Sijil Kecekapan Fiber Optik CA1C dan CA2C.
Kontraktor yang berkelayakan adalah dijemput untuk menghadiri sesi taklimat yang akan di adakan pada 14 Ogos 2025 jam 10:00am di lokasi:-
Kontraktor yang berminat dikehendaki membawa bersama-sama:-
1. Non-Disclosure Agreement (NDA) yang telah ditandatangani (salinan boleh diperolehi bersama-sama notis sebutharga ini di laman sesawang www.pdctelco.com.my )
2. Penyata kewangan terkini
3. Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
4. Perakuan Pendaftaran CIDB
5. CTOS Consent Authorisation yang telah ditandatangani (salinan boleh diperolehi bersama-sama notis sebutharga ini di laman sesawang www.pdctelco.com.my )
Hanya kontraktor yang menghadiri sesi taklimat dan memenuhi keperluan di atas layak membeli dokumen sebut harga. Sesalinan dokumen sebut harga boleh diperolehi di pejabat PDC Telco dengan yuran sebanyak RM150.00 yang perlu dibayar secara bayaran atas talian ke akaun CIMB No.8009909427. Resit pembelian perlulah dibawa dan dikemukakan semasa pengambilan dokumen sebut harga.
Tarikh Penjualan Dokumen Sebutharga kepada kontraktor yang layak bermula pada 15 Ogos 2025 dan boleh diperolehi di
Tempat :
Isnin - Jumaat (9.00am-05.00pm)
Rehat (Isnin – Khamis: 1.00pm-2.00pm) & (Jumaat: 12.15pm-2.45pm)
Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dilekatkan dan ditulis "NO. SEBUT HARGA : PDCTELCO/O-NGN/005/2025" dan dokumen ini hendaklah diserahkan di pejabat beralamat di atas sebelum atau pada 28 Ogos 2025 sebelum jam 12.00 tengahari.
“Sebarang tawaran yang berbentuk rasuah atau lain-lain dorongan yang boleh mempengaruhi kedudukan pengemuka sebutharga akan menyebabkan sebut harga tersebut ditolak serta merta”.
Semua kontraktor perlu mengisi dan mengembalikan ‘Surat Akuan Sebut Harga’ seperti di Lampiran Dokumen Sebut harga.