>TENTANG KAMI +

Penggerak utama dalam sektor infrastruktur telekomunikasi di Pulau Pinang.
>TAHUKAH ANDA +

Fakta dan soalan lazim mengenai industry telekomunikasi.
>HUBUNGI KAMI +

Kami sedia membantu.
Hubungi kami.
English
B.Malaysia


I. Perkara Sebenar tentang Anggapan terhadap Telco


Apabila perunding anda mengatakan.. Fiber Optik lebih mahal dari pada copper.

Apabila kontractor anda mengatakan, copper sahaja caranya di Pulai Pinang, Fiber Optik belum ada lagi, kalau tidak, tiadalah talian telefon.

Apabila SKMM mengatakan... Anda harus rujuk Telekom..
  TM adalah penyelaras industri telco. Anda bertanggapan bergitu?

Maka, renungkan.

Persembahan berikut menyangkah mitos yang menyelubungi industri telco.

Debunking the Telco Myths


Tutup - X

II. Apakah yang Pemaju Harta Tanah Perlu Tahu

Apakah yang Pemaju Harta Tanah perlu tahu tentang infrastruktur telekom.

Kami ialah PDC Telco, anak syarikat kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) milik kerajaan negeri. Kami ialah Syarikat Sokongan Kerajaan Negeri (SSKN) di bawah Program Time-2 untuk 3G Rollout, dan kami telah diberikan lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) oleh pengawal selia industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri Berekonomi Pengetahuan dan ke Era Data Skala Besar, PDC Telco kini sedang memulakan Rangkaian Generasi Akan Datang berasaskan fiber optik, yang dijadualkan beroperasi sepenuhnya di seluruh negeri menjelang suku ke-4, 2014, yang akan menyediakan liputan sesalur seluruh negeri, kualiti perkhidmatan gred pembawa dan pilihan laluan lewah untuk perkhidmatan jalur lebar.


Liberalisasi Industri

Usaha kami dapat dilaksanakan melalui pembukaan sektor telekomunikasi. Tidak seperti industri bekalan kuasa yang menyokong pemain monopoli, industri telekomunikasi di Malaysia telah diliberalisasikan sejak tahun 1985, apabila Jabatan Telekom Malaysia (JTM) dipecahkan kepada dua cawangan. Cawangan komersial dikorporatkan sebagai Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan kemudian diubah kepada Telekom Malaysia Berhad (TM), manakala cawangan kawal selia masih dikenali sebagai Jabatan Telekom Malaysia.

Fungsi kawal selia JTM secara rasminya dihentikan pada 31 Mac 1999 dengan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) diterima pakai pada tahun 1998, dan selepas itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil alih fungsi sebagai pengawal selia bagi seluruh industri telekomunikasi di Malaysia.

AKM 1998 memandatkan sistem pelesenan dengan semua operator dalam sektor telekomunikasi dan multimedia dilesenkan di bawah empat kategori utama, iaitu Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP), Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP), Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) dan kategori lesen kelas bagi Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP).

Dengan adanya rangka kerja kawal selia yang liberal ini, industri telekomunikasi menyaksikan perubahan yang dinamik dalam penyediaan perkhidmatan yang menggalakkan persaingan yang sihat dan peluang sama rata, dan seterusnya menghapuskan penguasaan predatori. .

  TM tidak lagi mengawal selia

Perlu ditekankan bahawa dengan penguatkuasaan AKM 1998, Telekom Malaysia menjadi satu-satunya penyedia dalam kalangan Penyedia Perkhidmatan Rangkaian (NSP)/Penyedia Kemudahan Rangkaian (NFP) yang boleh dipilih oleh pengguna dan pengguna akhir.
Lebih penting lagi, TM bukan lagi satu-satunya syarikat komersil yang perlu dirujuk oleh pihak berkuasa tempatan dan pemaju harta tanah untuk kelulusan pelan pembangunan.

Liberalisasi sektor telekomunikasi di Malaysia telah membuka pasaran, membenarkan persaingan dan memberikan manfaat yang lebih besar kepada pengguna akhir dari segi penentuan harga dan perkhidmatan. Bagi pelabur dan pemain lain yang ingin memasuki pasaran, memahami beberapa peraturan yang mengawal aktiviti dalam sektor ini menjadi satu kemestian.

PDC Telco bersedia membantu anda dalam perancangan infrastruktur telekom anda di Pulau Pinang.


Tutup - X

III. PDC Telco : Agensi Sehenti (OSA)

Pulau Pinang kini sedang memulakan pelaksanaan Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN) Pulau Pinang dan mengalu-alukan pemain industri dan penyedia perkhidmatan untuk berganding bahu dalam usahanya membawa sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada perniagaan dan penduduk.

Seperti yang dapat dilihat dalam laman web ini, terdapat banyak piawaian, garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh pemaju, penyedia perkhidmatan dan pihak lain yang terlibat dalam penyampaian keperluan fiber optik ke premis (FTTP).

PDC Telco telah ditugaskan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Ketua Menteri (CMI), sebagai Agensi Sehenti untuk tugas tertentu seperti menyelaras pengeluaran permit perparitan untuk kerja kejuruteraan awam dan memastikan mutu kerja oleh kontraktor telekom memenuhi piawaian paling ketat.

Sebagai tambahan, PDC Telco juga akan melaksanakan Sistem Perparitan Bersepadu Telekomunikasi seluruh negeri. Peranan utama kami adalah membantu operator telekom memenuhi keperluan kawal selia, serta menyediakan bantuan berhubung dengan kawasan liputan rangkaian dan ketersediaan jadual, spesifikasi dan reka bentuk perparitan, penentuan harga fiber hitam, dan jalur lebar borong backhaul.
  PDC Telco juga perlu mengawasi pematuhan Kod Teknikal Fiber Optik ke Premis, Garis Panduan Pemetaan dan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah serta Prosedur Operasi Standard untuk Perparitan Bersepadu Telekomunikasi Fiber Optik.

Dalam perkongsian strategik dengan pemegang lesen NSP neutral sebagai pemain neutral bagi pembekalan salur fiber optik dalam Sistem Perparitan Bersepadu, fiber gelap dan backhaul jalur lebar, PDC Telco memastikan pemain industri tidak beroperasi sebagai pesaing dalam membekalkan perkhidmatan runcit.

Sebaliknya, kami akan menjadi rakan kongsi dalam menyampaikan kemudahan rangkaian fiber optik kelas pembawa kepada pengguna akhir di Pulau Pinang melalui pengendali NSP berlesen.


Tutup - X

IV. Penyampaian Perkhidmatan

Sebagai Agensi Sehenti, PDC Telco ialah penyelaras utama antara pemain industri telekomunikasi di Pulau Pinang dengan agensi kerajaan dan jabatan teknikal yang berkaitan.

Kami terlibat dari peringkat pra-pembinaan hingga ke peringkat pasca-pembinaan; dari sebelum projek dimulakan sehingga tiba masa untuk membaharui permit kerja, jika perlu, untuk kerja kejuruteraan awam dalam perparitan.
  Bagi mengurangkan perkara yang memeningkan kepala dalam mengendalikan perkara birokratik yang dihadapi oleh pemain industri, PDC Telco memberikan mereka peluang bagi menumpukan perhatian kepada kecekapan teras, iaitu memberikan perkhidmatan kepada pelanggan pengguna akhir.


Tutup - X

V. PRA-PEMBINAAN

PDC Telco telah ditugaskan memeriksa semua dokumen yang berkaitan pada peringkat pra-pembinaan projek termasuk permohonan Peringkat Pertama untuk kelulusan “way leave” dan permohonan Peringkat Kedua untuk kelulusan permit.

Bagi Permohonan Peringkat Pertama, kami bersama dengan operator Telco akan menyemak senarai “way leave” daripada majlis perbandaran yang berkenaan, sama ada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di semua daerah.

Semua borang perlu diisi dengan lengkap dan mematuhi keperluan pihak berkuasa yang berkaitan, dan PDC Telco diberi kuasa menolak permohonan yang tidak lengkap pada masa itu juga.

Kami juga bertanggungjawab menyimpan rekod permohonan, termasuk membuat salinan, merekodkan dan memfailkan dokumen permohonan. Selaras dengan Garis Panduan Pemetaan dan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah, PDC Telco juga akan memuat naik, menyelenggara dan menguruskan data utiliti bawah tanah ke repositori langsung yang dihoskan dalam Pengkomputeran Awan, sebelum digabungkan dengan Pangkalan Data Utiliti Bawah Tanah Negara.

Untuk tujuan ini, PDC Telco memerlukan pemohon menyediakan maklumat yang terperinci, kemungkinan dalam format digital khas, seperti sambungan backhaul dalam pelan laluan keseluruhan, bagi menghapuskan keadaan kelam-kabut dalam perancangan ad hoc perparitan bagi kegunaan operator tunggal, yang bercanggah sepenuhnya dengan objektif Sistem Perparitan Bersepadu.
PDC Telco juga akan menyediakan surat dan menyerahkan permohonan kepada pihak berkuasa yang berkaitan. Satu salinan surat akan dihantar kepada operator Telco yang permohonannya diuruskan oleh PDC Telco dan juga kepada Perbadanan Ketua Menteri. Kami juga akan membuat susulan dengan pihak berkuasa tentang status permohonan.

  Setelah menerima surat kebenaran untuk permohonan Peringkat Pertama, PDC Telco bertanggungjawab merekodkan kebenaran tersebut, dan menyediakan surat iringan yang akan dilampirkan pada surat kebenaran itu sebagai sebahagian daripada proses permohonan kelulusan Peringkat Kedua. Proses permohonan Peringkat Kedua sama dengan proses permohonan Peringkat Pertama.

Sebaik sahaja permit diterima, kami akan menghubungi operator Telco untuk mengambil permit, serta menyediakan surat pengeluaran permit dan memastikan operator menandatangani borang penerimaan permit.

Selepas permit diberikan, operator Telco perlu menyediakan dan mengemukakan “Notis Mula Kerja” kepada kami sekurang-kurangnya 3 hari kerja lebih awal, dan selepas itu kami akan menyediakan ‘Notis Mula Kerja’ dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa yang berkaitan. PDC Telco akan menetapkan tarikh Mesyuarat Pertama Tapak (SKOM) dan mengendalikan mesyuarat tersebut.


Tutup - X

VI. SEMASA PEMBINAAN


Dalam tempoh pembinaan, PDC Telco akan mengadakan pemeriksaan tapak secara tetap bagi memastikan keperluan kawal selia dipatuhi. Kami juga menghendaki operator Telco menyerahkan laporan mingguan yang mengandungi status terkini kemajuan projek.


Tutup - X

VII. PASCA-PEMBINAAN


Sebaik sahaja projek siap, operator Telco dikehendaki menyerahkan laporan interim kepada PDC Telco, yang kemudiannya akan direkod dan difailkan. Jika perlu, kami juga akan membuat permohonan pembaharuan permit.

Langkah seterusnya adalah mengadakan ujian CBR/penerasan. PDC Telco akan memaklumkan kepada operator untuk menetapkan tarikh sesi ujian, serta memaklumkan dan menjemput pegawai yang berkaitan ke sesi tersebut. Wakil kami juga akan hadir dalam sesi tersebut.
  Selepas sesi itu, kami akan menerima laporan ujian yang membolehkan kami menyediakan notis ‘Siap Kerja’ dan menghantar kedua-dua dokumen tersebut kepada pihak berkuasa. Ini membolehkan projek tersebut menerima ‘Perakuan Siap Kerja’.

Dengan ‘Perakuan Siap Kerja’, deposit yang telah dibayar oleh operator Telco akan dibayar balik. Bagi memudahkan pembayaran balik ini, PDC Telco akan menyediakan surat kepada pihak berkuasa, dan melampirkannya pada resit deposit dan ‘Perakuan Siap Kerja’. Selepas itu kami akan menerima deposit dan mengembalikannya kepada operator.


Tutup - X

VIII. PEMBAHARUAN PERMIT

PDC Telco juga akan membantu memudahkan pembaharuan permit. Untuk melakukannya, operator Telco perlu menyerahkan dokumen yang berkaitan – iaitu surat dan Laporan Interim untuk permohonan, sekurang-kurangnya 3 hari sebelum lawatan tapak. Kami akan menyediakan salinan bagi dokumen ini, merekodkan dan memfailkan semua permohonan, dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap.

PDC Telco akan mengemukakan permohonan pembaharuan permit kepada pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk menyediakan surat, melampirkan permit asal dan pelan yang diluluskan pada surat tersebut dan menyerahkannya, manakala satu salinan akan dihantar kepada CMI dan operator yang memohon pembaharuan permit.
  Sebaik sahaja permit diberikan, kami akan membuat salinan, merekodkan dan memfailkan salinan dokumen tersebut. PDC Telco juga akan menyediakan surat pengeluaran permit dan mengadakan SKOM semasa hendak menyerahkan permit yang telah dibaharui dan memastikan operator menandatangani borang permohonan permit.

Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pembaharuan permit yang tamat tempoh untuk kerja yang tidak disiapkan dalam jangka masa asal yang ditetapkan bukan secara automatik, dan akan dikaji berdasarkan kes untuk mengelakkan penyalahgunaan.


Tutup - X

IX. CARTA ALIRAN OSA


Tutup - X

X. BON PRESTASI

Tutup - X

XI. Rumusan Mingguan Penyerahan OSA
Sila klik tarikh berikut untuk rumusan:

10 Dec, 2015 | 10 Dec, 2015 | 05 Oct, 2015 | 07 Sep, 2015 | 04 Aug, 2015 | 02 Jul, 2015 | 02 Jun, 2015 | 04 May, 2015 |
02 Apr, 2015 | 03 Mar, 2015 | 02 Feb, 2015 | 11 Oct, 2013 | 19 Sep, 2013 | 23 Aug, 2013 | 27 Dec, 2012 | 17 Dec, 2012 |
11 Dec, 2012 | 05 Dec, 2012 | 30 Nov, 2012 | 12 Nov, 2012 | 08 Nov, 2012 | 01 Nov, 2012 | 24 Oct, 2012 | 19 Oct, 2012 |
08 Oct, 2012 | 01 Oct, 2012 | 25 Sep, 2012 | 20 Sep, 2012 | 12 Sep, 2012 | 06 Sep, 2012 | 28 Aug, 2012 | 16 Aug, 2012 |
10 Aug, 2012 | 24 Jul, 2012 | 17 Jul, 2012 | 11 Jul, 2012 | 29 Jun, 2012 | 17 Jun, 2012 | 15 Jun, 2012 | 12 Jun, 2012 |
31 May, 2012 | 18 May, 2012 |

Tutup - X





GARIS PANDUAN

RF Radiasi

PENANG FREE WIFI

SOALAN LAZIM

JAWATAN KOSONG


Copyright © 2017 PDC Telecommunication Services Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara.