>TENTANG KAMI +

Penggerak utama dalam sektor infrastruktur telekomunikasi di Pulau Pinang.
>TAHUKAH ANDA +

Fakta dan soalan lazim mengenai industry telekomunikasi.
>HUBUNGI KAMI +

Kami sedia membantu.
Hubungi kami.
English
B.Malaysia


I. Garis Panduan NGN


Garis Panduan Industri

Untuk mewujudkan struktur bagi rangkaian fiber optik di Malaysia, Kumpulan Kerja bagi Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN) telah dibentuk di bawah naungan Malaysian Technical Standards Forum Berhad (MTSFB).

Peserta Industri terdiri daripada DiGi Telecommunications, Maxis Communications, Telekom Malaysia, dan Time dotCom, serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengawal selia, Kumpulan Kerja akan diberikan beberapa tugas termasuk menentukan piawaian berdasarkan keperluan rakyat Malaysia dan menyarankan perubahan kepada rangka kerja kawal selia untuk menggunakan NGN.

Dalam laporan Kumpulan Kerja, bertajuk Garis Panduan Realisasi Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN), kemunculan NGN berpunca daripada beberapa faktor. Ini termasuk meningkatnya persaingan dalam kalangan penyedia perkhidmatan disebabkan oleh pembatalan kawal selia pasaran, ledakan trafik digital, serta meningkatnya permintaan terhadap perkhidmatan multimedia dan mobiliti.


 
Keperluan Rakyat Malaysia


Dengan lebih menjurus kepada Malaysia, Kumpulan Kerja NGN juga melihat beberapa isu kawal selia yang perlu diambil kira. Berhubung dengan pelesenan dan akses, didapati liberalisasi peraturan lesen menyokong pelaksanaan NGN, dan kualiti perkhidmatan adalah terjamin melalui piawaian yang ditetapkan terlebih dahulu.

Secara keseluruhannya, industri telekomunikasi Malaysia telah menyediakan pelbagai garis panduan terbaik untuk diterima pakai oleh penyedia-penyedia perkhidmatan dan kemudahan NGN. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada:

• Garis Panduan Realisasi Rangkaian Generasi Akan Datang (NGN)

• Piawaian Teknikal bagi Pengkabelan Fiber Optik Dalam Bangunan untuk Fiber Optik ke Premis

Sebelum penyediaan garis panduan industri untuk NGN dan Fiber Optik ke Premis, terdapat beberapa garis panduan berhubung dengan senggaraan pangkalan data yang betul untuk pemetaan utiliti bawah tanah yang digunakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi memastikan rujukan dan penyelenggaraan rangkaian yang cekap. Garis panduan ini adalah:

Garis Panduan Standard untuk Pemetaan Utiliti Bawah Tanah

SGaris Panduan Standard untuk Pemasangan Utiliti

Masa hidup rangkaian ialah kriteria penting yang menentukan kualiti perkhidmatan kelas pembawa bagi NGN. PDC Telco telah memberikan mandat bahawa semua garis panduan di atas, dan lebih banyak lagi pada masa hadapan apabila industri berkembang dan terus bergerak ke hadapan, mesti diikuti oleh semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam sektor NGN.


Tutup - X

II. Pangkalan Data UTILITI BAWAH TANAH

Seperti yang diilustrasikan dalam laman web ini, FTTP memerlukan sejumlah besar kerja bawah tanah, terutamanya yang berkaitan dengan lurang dan saluran. Selain itu, kabel fiber optik biasanya dipasang di bawah tanah, dan memerlukan piawaian dan garis panduan bagi memastikan infrastruktur utiliti bawah tanah dibangunkan, diselenggara dan dinaik taraf melalui cara yang boleh mengelakkan kerosakan dan gangguan perkhidmatan.

Oleh itu, Jawatankuasa Kecil Teknikal AM/FM Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara telah ditugaskan untuk menyediakan piawaian tersebut.

JUPEM telah diberikan mandat oleh Kabinet untuk menyelenggara repositori data utiliti bawah tanah, yang dikenali sebagai Pangkalan Data Utiliti Bawah Tanah Negara, yang kemudiannya akan disebarkan kepada pihak yang terlibat dalam projek utiliti bawah tanah yang baharu, bagi memastikan projek baharu tidak mengganggu projek sedia ada.

Di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kecil Teknikal AM/FM, data ini termasuk sempadan pecahan terukur daripada Pangkalan Data Kadaster Digital (DCDB), topografi digital berskala besar, maklumat utiliti bawah tanah yang sedia ada dan yang baharu yang disediakan oleh pemilik utiliti, dan daripada maklumat yang dikumpulkan oleh JUPEM, dan maklumat metadata yang berkaitan.

Selain menetapkan piawaian untuk aktiviti JUPEM yang berkaitan dengan pengumpulan dan pemeriksaan data pemetaan utiliti bawah tanah, jawatankuasa kecil itu juga menetapkan peranan dan tanggungjawab pemilik dan juruukur utiliti.



  Garis Panduan untuk Pemilik Utiliti

Menurut garis panduan yang ditetapkan, pemilik utiliti dikehendaki mengenalpasti skop kerja, jangkaan serahan dan menentukan spesifikasi dengan juruukur, serta membantu juruukur mendapatkan rekod utiliti bawah tanah sedia ada.

Tambahan pula, mereka perlu melibatkan juruukur dalam mesyuarat pra-bida dan pra-pembinaan, dan juga pra-pemilihan kontraktor. Juruukur yang sama juga akan menjadi pihak yang akan melaksanakan kerja menyemak semula pelan.

Memandangkan pentingnya komunikasi antara kedua-dua pihak, juruukur perlu diberitahu dalam jangkamasa yang munasabah jika terdapat masalah dengan paparan utiliti yang ditemui semasa kerja sedang dijalankan.

Selain itu, untuk membantu JUPEM menjalankan obligasinya, pemilik utiliti perlu menyediakan data yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam Pangkalan Data Utiliti Bawah Tanah Negara, bukan sahaja semasa skop projek, tetapi juga semasa kerja pemasangan atau penempatan semula yang baru.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya adalah mereka perlu memastikan semua maklumat utiliti bawah tanah untuk projek baru memenuhi piawaian kualiti tahap A - yang tertinggi daripada empat tahap kualiti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Standard untuk Pemetaan Utiliti Bawah Tanah yang diterbitkan oleh JUPEM.

 Garis Panduan untuk Juruukur

Menurut garis panduan ini, juruukur bertanggungjawab memaklumkan pemilik utiliti jika projek baru akan menjejaskan utiliti bawah tanah sedia ada dan memberikan maklumat tentang tahap kualiti utiliti serta kebolehpercayaan data.

Mereka juga perlu menyarankan utiliti serahan untuk membezakan pelbagai tahap kualiti, dan membincangkan kos dan manfaat dalam memperoleh data kualiti baru tahap A dengan pemilik utiliti.

Juruukur juga perlu mengenalpasti dan menyarankan penyelidikan utiliti yang berkaitan dengan keperluan projek. Ini termasuk penyelidikan dan paparan utiliti sedia ada pada kualiti tahap A. Mereka juga dikehendaki mengambil kira elemen reka bentuk projek, jadual reka bentuk dan jenis projek, dan pada masa yang sama membincangkan langkah untuk memperoleh data dengan tahap kualiti yang sesuai.


Tutup - X

III. Garis Panduan & Piawaian Terperinci



Garis Panduan Struktur Telekomuikasi

1. Garis Panduan KPKT (Jun 2002).
2. Prosedur Dan Garispanduan Negeri Pulau Pinang (2009).
3. Penambahbaikan Prosedur Dan Garispanduan Negeri Pulau Pinang (2015).
4. PDCTelco Reference Access Offer.

Tarikh : 01-08-2017
Lampiran :

Garis Panduan Pembinaan Menara Dan Struktur Sistem Pemancar Telekomunikasi Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.pdf

Prosedur Dan Garispanduan Pembinaan Menara Dan Struktur Pemancar Telekomunikasi Negeri Pulau Pinang.PDF

PROSEDUR DAN GARIS PANDUAN PEMBINAAN MENARA DAN STRUKTUR PEMANCAR TELEKOMUNIKASI_2015.pdf

PDCTELCO REFERENCE ACCESS OFFER.pdf



Garis Panduan Untuk Pemetaan Utiliti Bawah Tanah

Sila klip pada dokumen berikut untuk Garis Panduan Pemetaan Utiliti Bawah Tanah.

Tarikh : 30-10-2014
Lampiran :

2013_Guideline_From_JUPEM.pdf



Piawaian NGN

Sila klik pautan berikut untuk melayari / muaturun piawaian terkini NGN.

Tarikh : 25-03-2014
Lampiran :

NGN-Specs_Blown Optical Fibre Cable.pdf

NGN-Specs_Fibre Cable Attachment.pdf

NGN-Specs_Microducts.pdf

ADDENDUM FOR RFQ.pdf



Garis Panduan NGN

Garis Panduan NGN

Tarikh : 02-03-2013
Lampiran :

NGN Trenching for Fibre-Optics Network.pdf

NGN Fibre-to-the-Buildings.pdf

NGN SOP Ver 2.0_Update_20130301.pdf



Garis Panduan Utiliti Bawah Tanah

Garis Panduan Utiliti Bawah Tanah

Tarikh : 01-03-2013
Lampiran :

Underground Utility Database.pdf

Underground Utility Installation.pdf



Tutup - X




GARIS PANDUAN

RF Radiasi

PENANG FREE WIFI

SOALAN LAZIM

JAWATAN KOSONG


Copyright © 2017 PDC Telecommunication Services Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara.