>TENTANG KAMI +

Penggerak utama dalam sektor infrastruktur telekomunikasi di Pulau Pinang.
>TAHUKAH ANDA +

Fakta dan soalan lazim mengenai industry telekomunikasi.
>HUBUNGI KAMI +

Kami sedia membantu.
Hubungi kami.
English
B.Malaysia


I. Fiber-OPTIK-KE-BANGUNAN (FTTx)


Pada Februari 2013,Telecompaper melaporkan
, bahawa teknologi FTTx mengatasi rangkaian kabel dari segi bilangan pelanggan jalur lebar pada suku ke-3 2012, menurut angka terkini yang diumumkan di Persidangan FTTH Eropah di London.

Pada akhir suku ke-3, pengguna FTTx berjumlah 125.05 juta atau 19.7 peratus daripada pasaran global, berbanding 121.01 juta pengguna kabel, bersamaan dengan 19.1 peratus syer. Kuprum masih menguasai lebih daripada separuh pasaran, dengan 366.96 juta pengguna jalur lebar .

FTTx menunjukkan pertumbuhan pelanggan paling kukuh sepanjang suku ke-3, pada 26.8 peratus tahun ke tahun, manakala pelanggan kabel mengalami pertumbuhan 7.9 peratus dan kuprum meningkat 4.8 peratus.




Daripada 54 juta pelanggan baru jalur lebar yang bertambah pada tahun itu sehingga September 2012, 26 juta menerima perkhidmatan fiber optik (48%).

Secara keseluruhannya, terdapat 635 juta pelanggan jalur lebar di seluruh dunia pada akhir tempoh itu, dengan pertambahan 12 juta pengguna baru pada suku ke-3 sahaja.

Angka itu diumumkan di Persidangan FTTH Eropah di London, dan Forum Jalur Lebar itu juga memberikan penekanan terhadap usahanya dalam perakuan GPON.

Tutup - X

II AHLI EMAS, FTTH Council Asia Pacific

PDC Telco telah menjadi Ahli Emas FTTH Council Asia Pacific pada 1 Mac 2013.

FTTH Council Asia Pacific ialah sebuah pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan telah ditubuhkan pada 2005. Ia ditubuhkan atas kejayaan organisasi saudaranya di Amerika Syarikat dan Eropah untuk menyedarkan industri dan orang awam tentang peluang dan manfaat penggunaan FTTH.






The Light Age
Vol 1 Feb 2013

Ahli FTTH Council Asia Pacific mewakili semua bidang dalam industri jalur lebar, termasuk syarikat telekomunikasi, pengkomputeran, perangkaian, integrasi sistem, syarikat kejuruteraan dan penyedia kandungan, dan juga penyedia perkhidmatan telekomunikasi tradisional, utiliti dan perbandaran.

Klik di sini untuk melihat senarai syarikat yang menjadi ahli FTTH Council Asia Pacific.

Tutup - X

III. SISTEM LAMBANG

Seiring dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PDC Telco dan FTTH Council Asia Pacific akan melaksanakan Sistem Lambang, satu sistem penarafan bintang yang serupa dengan industri hotel dan hospitaliti, untuk menginstitusikan tanda aras fiber optik siap pasang bagi harta tanah.

Pada 11 Mac 2013, Presiden FTTH Council Asia Pacific, Monique J. Morrow mengumumkan Jawatankuasa Lambang yang baru telah ditubuhkan pada Januari, dengan Steve Foster dari Emtelle telah dilantik sebagai Pengerusi jawatankuasa. Klik di sini.
Jawatankuasa ini ditugaskan untuk membangunkan sistem penarafan untuk rumah dan bangunan baru dengan penyambungan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi secara bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Malaysia.

Tugas ini akan dilakukan dengan hasrat meningkatkan nilai bangunan dan kemudahan yang boleh menggunakan jalur lebar berkelajuan fiber untuk pengguna akhir.


Tutup - X

IV. PERAKUAN CONTRAKTOR FTTx
Akan Datang

Tutup - X

V. PERAKUAN KOMPONEN & BAHAN
Akan Datang

Tutup - X

VI. BENGKEL INDUSTRI

PDC Telco dan FTTH Council Asia Pacific akan bekerjasama bagi menganjurkan kem kerja dan seminar untuk melatih dan membangunkan kecekapan dalam penyelesaian, kemahiran dan pengurusan projek khas FTTH demi manfaat profesional dan kontraktor yang terlibat dalam industri harta tanah.

Setakat ini, PDC Telco dan FTTH Council Asia Pacific telah bekerjasama dalam menganjurkan dua Bengkel NGN dan FTTH yang masing-masing menjadikan pemaju dan agensi kerajaan dalam harta tanah sebagai kumpulan sasaran.
  6 November 2012: Bengkel NGN & FTTH (Pemaju Harta Tanah)

5 Februari 2013: Bengkel NGN & FTTH (Agensi Kerajaan)

Layari laman web di atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara yang akan datang.

Tutup - X






GARIS PANDUAN

RF Radiasi

PENANG FREE WIFI

SOALAN LAZIM

JAWATAN KOSONG


Copyright © 2018 PDC Telecommunication Services Sdn Bhd. Hak Cipta Terpelihara.