REQUEST FOR PROPOSAL

PDC Telecommunication Services Sdn Bhd (PDC Telco) adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). PDCTelco adalah salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmaan infrastruktur telekomunikasi kepada penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Pulau Pinang. PDCTelco ingin menjemput pembida yang layak untuk mengemukakan Request For Proposal (RFP) seperti berikut:
 
REQUEST FOR PROPOSAL PROJEK WIFI PERCUMA DI PULAU PINANG (PENANG FREE WIFI)
 
RFP ini terbuka kepada syarikat-syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat termasuk syarikat asing yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat Syarikat asing yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pembida mesti mempunyai pengalaman dalam bidang pembinaan, penyelenggaraan, dan pengurusan rangkaian wifi dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan perkara lain yang berkaitan dengan pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan wifi yang disediakan. Syarikat-syarikat yang mempunyai Sijil Kementerian Kewangan dengan kod 210105 - Produk Telekomunikasi / Rangkaian, infrastruktur, perkhidmatan, termasuklah penyelenggaraan (LAN / WAN / Internet / tanpa wayar / satelit) dan kod 210107 - Keselamatan dan firewall ICT, Enkripsi, PKI, dan Antivirus akan diberikan kelebihan.
 
Salinan dokumen RFP boleh diperolehi di pejabat PDC Telco dengan bayaran sebanyak RM500.00 bagi setiap dokumen RFP yang perlu dibayar sama ada dalam bentuk banker's cheque ( dibayar dengan nama PDC Telecommunication Services Sdn Bhd ) atau melalui electronic fund transfer ke dalam akaun PDC Telco.

Tarikh penjualan dokumen RFP adalah pada 4 Mac 2018, dan boleh didapati di:

PDC Telecommunication Services Sdn. Bhd.
1-12A-12A, SUNTECH@Penang Cybercity,
Lintang Mayang Pasir 3,
Bandar Bayan Baru
11950 Bayan Lepas, Pulau Pinang
 
Tel No : 04-640 6644
Fax No : 04-640 6640
 
Isnin – Jumaat (9.00 pagi-05.00 petang)
Waktu Rehat ( Isnin – Khamis : 1.00 petang - 2.00 petang ) & ( Jumaat : 12.15 petang - 2.45 petang )
 
Dokumen RFP yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup, dengan sudut kanan atas bertulis seperti berikut: -
 
REQUEST FOR PROPOSAL PROJEK WIFI PERCUMA DI PULAU PINANG (PENANG FREE WIFI)
 
Dokumen ini perlu dikemukakan di alamat yang dinyatakan di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender pada atau sebelum 18 Mac 2019, jam 12.00 tengah hari.
 
"Mana-mana tawaran rasuah atau insentif lain yang boleh mempengaruhi kedudukan RFP akan menyebabkan RFP tersebut ditolak serta-merta".
Pembida yang berminat perlu mengisi dan mengembalikan 'Surat Akuan Penender' seperti di dalam Dokumen RFP.